/* move text ----------------------------------------------- */

الهى أنت مقصودى ورضاك مطلوبى أعطنى محبتك ومعرفتك يا الله

CINTA ALLAH ABADI SELAMANYA.....

Tuesday, July 18, 2006

KELEBIHAN SOLAT TAHAJUD

SOLAT TAHAJUD - DARI PERSPEKTIF PERUBATAN
Solat tahajud ialah ibadah yang kita lakukan pada malam hari,biasanya tengah malam atau lewat tengah malam. Solat tahajud juga dikenali juga sabagai shalatulail.Solat ini sangat baik dilakukan terutama kepada para pemimpin Islam kerana Rasulullah S.A.W dan para sahabat r.a tidak meninggalkan solat ini sepanjang hayat mereka, sebagai ibadah tambahan.Dalam Al-Quran terdapat banyak ayat-ayat yang menggalakkan umat Islam mengerjakan solat tahajud sebagai ibadah tambahan pada waktu malam begitu juga terdapat beberapa hadis Nabi S.A.W. mengenai perkara ini.

TIDUR DAN SOLAT TAHAJUD
Umumnya manusia mengatakan tidur malam perlu antara enam hingga lapan jam sehari. Tetapi pendapat ini ditolak oleh para saintis Barat seperti Dr Ray Meddis,seorang profesor di Department of HumanSciences, England University of Technology yang mengatakan bahawa manusia sebenarnya perlu tidur malam selama tiga jam sahaja.Waktu tidur boleh dibahagi kepada dua bahagian - tidur ayam dan tidur lelap.Mimpi biasanya berlaku dalam tidur lelap (deep sleep). Manusia perlu berlatih untuk dapat tidur lelap kerana tidur ayam adalah masa berangan-angan yang membuang waktu sahaja. Tidur yang sebenarnya ialah ketika tidur lelap yang mengikut kajian saintis Barat ialah selam tiga jam.Kita merasakan bahawa tidur malam kita selalu tidak cukup. Ini kerana kita tidak terlatih atau mengikut peraturan yang perlu diikuti ketika tidur. Apabila seseorang atlit hendak memasuki suatu pertandingan lumba lari dia akan berlatih hampir setahun sebelum perlumbaan itu bermula. Dengan demikian dia ada harapan untukmemungut pingat emas. Demikian jugalah kita mesti melatih diri kita tidur mengikut peraturan.Mengikut kajian ahli perubatan Barat, Sebelum kita merasa hendak tidur,mula-mula sekali kita akan merasa mengantuk (drowsiness ) di mana suhu badan kita akan menurun. Dengan mengatur waktutidur dan menggunakan jangkasuhu kita boleh latihkan diri kita untuk tidur bila perlu. Tidur yang diatur boleh menjimatkan masa kita dan membolehkan kita melakukan ibadah dan kerja-kerja lain.Rasulullah S.A.W. telah memberikan contoh yang baik untuk tidur lengkap dengan doa-doanya. Bolehlah kita ringkaskan latihan untuk tidur malam seperti :
1. Makan malam yang sedikit sekadar alas perut supaya tidak lapar. Jika kita makan malam yang banyak ianya akan menyebabkan kita cepat mengantuk dan susah bangun dari tidur, sudah tentu kita akan terlebih tidur pula.
2. Tunaikan solat Isya' sebelum tidur.
3. Bersihkan tempat tidur seperti tilam, bantal dan cadar dari habuk dan lain-lain kotoran.
4. Amalkan doa-doa sebelum dan sesudah tidur seperti yang diajarkan Rasulullah S.A.W.
5. Kurangkan masa tidur dari lapan jam sehari kepada tujuh jam sehari untuk bulan pertama latihan; pada bula kedua kurangkan masa tidur malam kepada enam jam sehari, seterusnya pada bulan ketiga kepada lima jam sehingga kita boleh tidur untuk masa tiga jam sahaja.
Cara untuk kita tidur dan bangun juga mempunyai peraturan yang perlu diikuti untuk menjaga kesihatan dan mengelakkan diri dari dihidapi pelbagai penyakit. Umpamanya kita yang suka bangun tidur melompat dari tidurnya boleh menghadapi risiko sakit jantung yang boleh membawa maut. Demikian menurut pendapat seorang doktordari China - Dr Huang Guoxiong dari Kolej Perubatan Lioning.Di dalam Al-Quran ada menyebut segolongan manusia yang masuk syurga kerana ibadah malamnya dan kurang tidur malam.Firman Allah dalam Al-Quran yang bermaksud : " Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa ada di dalam syurga dan dekat dengan air yang mengalir. Sambil mengambil apa yang diberi oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka sebelum ini di dunia adalah orang-orang yang berbuat baik. Mereka sedikit sekali tidur di waktumalam. Dan di akhir-akhir malam mereka memohon ampun kepada Allah." ( Surah az-Zariat ayat 15-18 )


IBADAH TENGAH MALAM DAN AWAL PAGI DALAM AGAMA LAIN.
Penulis pernah bertukar-tukar pendapat dengan guru-guru dan ketua agama yang bukan Islam seperti Buddha, Kristian, Tao,Confucious dan Sikh. Dalam perhatian penulis, mereka juga mengadakan amalan pada tengah malam seperti 'berzikir' dan membaca kitab suci agama mereka. Untuk mengelak dari rasa mengantuk, merekaberlatih tidur hanya lebih kurang tiga jam atau empat jam sehari malah ada yang kurang dari itu. Antanra agama yang dimaksudkan itu ialah agama Buddha, Kristian,Tao,Confusies dan Sikh.
PENDAPAT AHLI SASTERA BARAT
Terdapat juga ahli sastera barat yang menceritakan mengenai kelebihan mengurangkan tidur untuk mencapai kerjaya yang cemerlang.
Bila ditanya apakah rahsia kejayaan mereka, mereka menjawab : " The woods are lovely, dark and deep but I have promises to keep and miles to go before I sleep."
Maksudnya " Taman itu indah, gelap dan tebal tetapi saya mempunyai temujanji yang mesti ditunaikan dahulusebelum saya tidur."
"The heights by great men reached and kept were not attained by sudden fight. But while their companions sleep were toiling upwards in the night." - Longfellow
Maksudnya " Pencapaian kerjaya yang tinggi oleh orang-orang ternama tidak didapati serta merta tetapi merekabekerja keras sehingga larut malam pada waktu sahabat-sahabat mereka sedang nyenyak tidur. "
Ini jelas menunjukkan mereka meminimakan waktu tidur untuk mencapai kejayaan dalam hidup mereka.
Sekarang kita kembali kepada perbincangan solat tahajud. Apakah kebaikan dan kelebihan yang kita perolehi dari mengerjakan solat tahajud sedangkan ketika itulah manusia sedang nyenyak tidur.
Dari segi fikiran logik, kita tidak akan faham bahawa suruhan Allah itu mendatangkan kebaikan. Solat tahajud meneguhkan iman kita, jiwa kita, mental kita untuk menghadapi masalah hidup duniawi dan lain-lain lagi yang Allah Maha Mengetahui.Dari segi sains perubatan pula, kita akan menyedut oksigen khusus yang wujud di atmosfera bumi antara lebih kurang jam tiga pagi hingga terbit matahari dan menggerakkan otot-otot di dalam badan kita ke arah menyegarkan badan dan melicinkan gerak saliran darah. Kedua-dua oksigen dn gerak otot itu sangat penting dalammemastikan kesihatan tubuh badan manusia. Oksigen itu hilang dari atmosfera bumi selepas matahari terbit dan tidak datang lagi sehingga esok pagi. Hanya manusia yang bangun pada waktu ini dapat menikmati oksigen tersebut. Mereka yang bangun tidur lewat tidat merasa nikmat oksigen ini.

Friday, May 19, 2006

LUAHAN KASIH PENUH ABADI.........

Dalam musafir ini….
Tercari-cari aku akan hakikat sebenarnya cinta…
Kemana akan ku bawa hati ini…
Adakah kepada manusia atau buatMU, TUHAN yang esa,
Lalu, tatkala aku lalui daerah itu…
Aku temui satu hakikat perasaan yg tak pernah aku rasai selama ini…
Hakikat perasaan yang sukar digambarkan…
Ketenangan,kebahagian,rindu,kasih,cinta…
bersatu menjadi satu….
Sehingga aku tak merasai apa yang aku rasai ini…
Cuma yang aku tahu….hati ini sudah milikMU…

Setiap detik hanya ku ingin melihat wajahMu nan indah itu…
Menyebut namaMu merupakan kelazatan bagiku…Mengunjungi rumahMU merupakan nikmat bagiku…
Mendengar pujian tentangMU,menerbitkan rasa banggaku padaMu…
Kau miliki segalanya wahai Tuhanku...
Yang melayakkan diriMU untuk di puja,dipuji,dicintai dan dikasihi…
Kaulah Maha segalaNya….

Namun Ya ALLAH ranjau dlm mengapai cinta Mu ini
Tetap di pagari dgn duri,
Aku redha menghadapinya dgn tenang,
Kerana aku tahu nilai cinta Mu…
Tiada terbanding dengan emas dan pertama…
Walaupun ianya memenuhi alam ini…

Akan aku sabar menanti hadir cinta ini dgn lebih mendalam…
Agar aku tidak melihat yg lain melainkan wajahMu
Agar aku tidak merindui yg lain melainkan diriMu…
Agar aku tidak menyebut nama yg lain melainkan namaMu yg indah…
Agar aku tidak berkata yg lain,melaikan kalamMU yg benar…

Musafir ini aku tidak pasti bilakah penghujungnya…
Penghujung yg bukan selamanya…
Hanya sekadar di dunia…
Menanti pengakhiran hidup
Menuju alam yg abadi akhirat sana…
Agar dapat ku bertemu dgnMu duhai kekasihku…
Bagaimana harus kusabarkan hatiku ini lagi…
untuk menanti pertemuan ini…
Oh KekasihKu...
sabarkanlah jiwa ini....
Semoga pertemuan kita nanti...
dalam keadaan Kau meredhai…
Dan aku….
Meredhai pertemuan ini….
Oh.....sabarlah duhai hati................

Gadis Pemburu Cinta ALLAH 2005….

DUA UKURAN CINTA ALLAH

Jika kamu ingin mengetahui seberapa besar cinta ALLAH kepadamu dan kepada selainmu, maka:
1. Lihatlah seberapa volume cintamu kepada kalam-Nya yaitu AL-QUR’AN dihatimu.
2. Lihatlah seberapa volume kenikmatan dan keasyikanmu tatkala mendengar lantunan firman-Nya. Sudahkah keasyikan itu melebihi keasyikan para pecandu musik tatkala nyanyian itu diperdengarkan.
Sesungguhnya merupakan hal yang wajar bahwa barangsiapa yang mencintai seorang kekasih maka suara dan pembicaraan kekasihnya adalah sesuatu yang sangat dicintai. (Ibnu Qoyyim Al - Jauziyah)
__________________________________________________________________ EMPAT HAL UNTUK MENJAGA TAUBAT
1. Menjaga lidahnya dari Ghibah, Dusta, Hasad dan Kesia-siaan.
2. Menjauhi teman yang jahat.
3. Ketika dosa disebut dihadapannya, dia malu kepada Allah
4. Mempersiapkan diri untuk kematian. Tanda kesiapan itu adalah dia tidak pernah merasa tidak ridho kepada Allah dalam keadaan apapun.

Monday, May 08, 2006

Cantik Menarik Kau Memang Da Bomb!!!

Assalamualikum…
Alhamdulillah…ana bersyukur kpd ALLAH S.W.T. Akhirnya ana ketemui satu artikel yg ana rasa cukup baik dan byk memberi kesedaran kepada ana bahawa apa yg ana rasa selama ini adalah benar dan inilah didikan dari ALLAH sebenarnya…alhamdulillah YaALLAH…
Fenomena ini semakin meruncing dikalangan anak remaja kita sekarang ini termasuklah pemuda-pemudi yang mana kita di didik dgn nilai islam yg cukup mantap…namun atas tuntutan perasaan bernama cinta akhirnya lebur segala janji kita pada ALLAH yang mana hidup dan mati kita hanya untukNya…….ana menulis disini bukan untuk menyalahkan sesiapa atau untuk menyatakan yang ana ini baik…tetapi ana bercakap soal pengalaman ana sendiri yang pernah terlibat dalam cinta yang tidak barakah ini…mungkin pengalaman ana ini ALLAH berikan agar ana dapat berkongsi bersama sahabat semua untuk sama2 kita menilai antara dua cinta, iaitu cinta manusia dan ALLAH mana yang lebih mendatangkan nikmat dan ketenangan abadi….
Terus terang ana bersyukur untuk pengalaman ini dan ana bersyukur ALLAH tidak meletakkan ana terlalu lama dalam cinta krn nafsu ini….sebenarnya apabila ALLAH menarik nikmat cinta manusia itu barulah ana temui kasih abadinya ALLAH terhadap diri ana…ana yakin….dan betul2 yakin bahawa ALLAH sebenarnya inginkan ana mencari cintaNYA…
Buat sahabat semua yang mana kalian di didik dgn ilmu islam yang cukup mantap jagalah ilmu kalian agar tidak di selangi oleh maksiat kepada ALLAH…sesungguhnya Ilmu ALLAH itu adalah nur…dan nur tidak akan memasuki hati org2 yang didadanya penuh dgn kemaksiatan…….
Jangan sahabat mengatakan bahawa cinta kalian sekarang ini bukan kerana nafsu tetapi kerana ALLAH..ya mungkin pada mulanya kerana ALLAH tetapi bila kita meletakkan Sesuatu bukan pada haknya maka ia akan bertukar menjadi cinta kerana nafsu….kerana apa ana mengatakan begitu????kerana haknnya kasih antara lelaki dan wanita yang bukan mahram adalah pernikahan….ini bertepatan dgn hadis Nabi riwayat Ibnu Mas’ud “tidak harus bagi lelaki dan perempuan yang sedang berkasih sayang melainkan nikah…..”…ya…pernikahan adalah jalan terbaik untuk kasih ini sebenarnya…kerana pernikahan adalah bukti cinta kita pada ALLAH…iaitu dgn meletakkan hukumnya dihadapan dan takut akan berlakunya perkara yg tidak baik yg boleh menghalangi redhaNYA kpd kita….
Ana teringat juga kata2 Dr HM Tuah…yg mengatakan bahaw tidak normal bagi lelaki dan perempuan yg sedang bercinta ttp tidak bernafsu….nah…lihatlah..hayatilah dan kebenaran ada dalam diri sahabat2 sendiri….benarkah kasih kalian untuk si dia kerana ALLAH…..?????tepuk dada tanyalah iman……
Saya ingin membawa sahabat2 untuk menghayati perjuangan pemuda-pemudi Palestin… yg mana perjuangan mereka cukup hebat….mereka tidak dilalaikan seperti kita yang asyik membuai perasaan untuk “cinta” tetapi mereka nun penuh keyakinan dan tekad berjuang demi tanah air dan agama tercinta sehingga sanggup berkorban nyawa untuk menyahut seruan ALLAH kerana rindu akan syahid nan abadi….bayangkan sahabat..andai matinya kita disini…sebagai perjuang apakah????pejuang cinta???pejuang nafsu???nilai-nilaikanlah di mana kedudukan kita disisi ALLAH….
Rasa cukupla dulu…oleh itu ana berharap sahabat2 semua sudi-sudikanlah untuk menghayati artikel dibawah…terima kasih untuk tuan punya blog yg ana amik artikel in….akhir sekali ana memohon maaf andai ada yg terasa hati…dan yg baik itu dari ALLAH dan andai ada kelemahan dlm penulisan ini itu tandanya kelemahan ana sebagai hambaNYA….salam perjuangan walau dimana kalian berada…….

Artikel Asal

Salam,Artikel dari Majalah i ni memang cukup menarik. Ana sangkakan perkara ini hanya berlaku di uniten sahaja, rupa2nya ia adalah suatu realiti yang telah menular di dalam jamaah kampus lain. Hakikatnya ia semakin menjadi2 sejak akhir2 ini. Mungkinkah ini antara faktor pemuda pemudi yang berbai'ah semakin "lemah"...lemah kerana "cinta Islamiyyah"??? Mungkinkah ini adalah kifarah dari Allah di atas dosa2 dan kealpaan kita sbg abang-abang dan kakak-kakak? Astaghfirullahal'adzim...astaghfirullahal'adzim...astaghfirullahal'adzim...

CINTA ANTA ANTI
Dipetik dari Majalah i Edisi Februari 2006
Oleh: Maszlee Malik

"Sesungguhnya mukmin itu bersaudara" (Surah al-Hujuraat:ayat 10)
"Tidak beriman seorang muslim itu sehingga dia mencintai saudaranya sepertimana dia mencintai buat dirinya" (Hadis Riwayat al-Bukhari)
Bagi mereka yang mempelajari kedua-dua ayat dan hadis di atas, apa yang difahami ialah semua mukmin itu bersaudara dan juga ia menerangkan tentang tanggungjawab seorang Muslim kepada saudaranya yang lain. Selain daripada kedua-dua ayat dah hadis di atas, berdozen lagi dalil-dalil yang menunjukkan kewajipan seseorang Muslim mencintai, mengambil berat, membantu, bersikap peduli dan juga mengasihi saudara seagamanya.
Perkataan "ukhuwah" yang bermakna "persaudaraan" sering dijadikan tema untuk persaudaraan ikhlas yang bertunjangkan iman dan takwa ini. Kisah-kisah para sahabat yang berkorban dan berjuang untuk para sahabat masing-masing menjadikan contoh teladan kepada generasi Muslim zaman moden.

Inilah yang menjadi pengamalan anak-anak harakah Islamiah dan dakwah semenjak kebangkitan Islam di tahun 70'an lagi. Kebangkitan Islam yang telah menemukan kemuncaknya di Malaysia telah menyaksikan pesatnya usaha dakwah, kemunculan sekolah-sekolah agama, bank-bank Islam dan pelbagai lagi di atas nama Islam. Tiada siapa yang dapat menafikan, itu semua adalah hasil daya usaha sama ada secara langsung atau tidak langsung, pendukung-pendukung gerakan Islam semenjak tiga dekad yang lalu. Di waktu yang sama, pemikiran barat sekular, liberalisasi dan juga budaya hendonisme pesat menular dan bersaing. Keindahan persaingan kedua-dua arus ini telah melahirkan budaya yang baru di dalam fenomena kebangkitan Islam di Malaysia. Jika di awal kebangkitan Islam dahulu, dunia hanya dilihat sebagai hitam dan putih. Kehidupan di dalam dunia ini di waktu itu hanya dilihat sama ada berpihak kepada Islam ataupun Jahiliah.

Di alaf ini, dunia tidak lagi hitam dan putih dan bukan lagi Jahiliah versus Islam. Penjalinan di antara apa yang ada di dunia dan apa yang ada di dalam nas telah menyaksikan pelbagai kesan. Ada yang positif dan ada yang negatif. Antara yang terkesan dengan fenomena yang baru ini ialah persoalan "ukhuwwah". Cinta Remaja Dakwah Sebagai seorang pensyarah di IPT yang bergelar ustaz, penulis mempunyai peluang yang menarik untuk bercampur dengan para pelajar yang menempuh zaman muda belia mereka. Pelbagai masalah, isu dan juga pengalaman yang mereka bawa untuk dibincangkan. Antara perkara yang sering dibawa berbincang ialah persoalan cinta. Alaf yang serba unik telah menyaksikan bagaimana para remaja dan belia dakwah tidak dapat lari dari fenomena cinta. Menariknya, cinta yang mereka alami ini telah di"Islamik"kan seperti mana bank-bank, institusi-institusi kewangan lain diislamkan. Maka timbullah istilah "Cinta Ukhuwwah". Ayat-ayat dan hadis-hadis sering dijadikan alat untuk menjustifikasikan apa yang dilakukan. Menarik lagi gejala ini menular di kalangan mereka yang berkopiah, berserban, bertudung litup, naqib-naqibah usrah dan mereka yang menggunakan ganti nama "ana - anta dan ana - anti". Sms,Yahoo Messenger, email dan lain-lain kemudahan perhubungan era ICT telah menjadi penghubung utama cinta "anta-anti" ini. Ia lebih selamat, kerana tidak perlu berdating seperti pasangan yang tidak Islamik. Tidak perlu membazir tambang teksi, tambang bas dan juga membazir membeli kertas kajang berbau wangi dan dakwat yang berwarna-warni seperti mana halnya anak-anak muda lain yang jauh dari arus kebangkitan Islam. Bermula dengan kata-kata tazkirah, berakhir dengan ikon senyuman, teddy bear dan kadang-kadang gambar wanita bertudung. Malah ada yang menjadikan kehadiran di seminar-seminar, kursus-kursus dan juga wacana-wacana ilmiah sebagai peluang untuk berjumpa. Bagi yang aktif berpersatuan pula, mesyuarat-mesyuarat dan aktiviti-aktiviti persatuan sering menjadi medan pelepas rindu. Alahai...kreatif betul anak-anak muda dakwah alaf baru ini. Fenomena yang berlaku ini dimeriahkan dan dikosmetikkan lagi oleh nasyid-nasyid Melayu yang berpaksikan cinta muda-mudi. Klip-klip video nasyid pun, tajuk-tajuk yang bombastik berbau cinta asmara. Hakikatnya, fenomena cinta "anta-anti" ini semakin ketara dan semakin rancak. Ada yang berakhir dengan perkahwinan, dan ada juga yang kecewa di pertengahan jalan, dan tidak kurang juga yang telah menjerumuskan kedua-dua pasangan ke lembah maksiat. wal'iyadhubillah... Salah Faham Ukhuwwah fillah

Teringat juga penulis kepada satu fenomena apabila seorang siswi datang mengadu dia diusik oleh Pak Lebai. Bukan sekadar sms, kad ucapan hari lahir, kad hari raya, malah sejambak bunga ros di hari lahir juga telah dikirimkan oleh Pak Lebai tersebut.Tidak tahulah penulis apakah tanggapan masyarakat terhadap fenomena seumpama ini. Yang pasti di setiap kad, sms dan di jambangan bunga tersebut terukir kata-kata "Ukhuwwah fillah kekal abadi..".sekali lagi makna ukhuwwah disalah gunakan. Satu kes yang lain pula, seorang siswa meluahkan kekecewaannya apabila dihampakan oleh seorang siswi yang satu "jemaah" dengannya. Beliau tidak sangka setelah berpuluh-puluh minggu mereka bertukar-tukar sms dan tazkirah melalui email, akhirnya siswi tersebut bertunang dengan orang lain yang juga satu "jemaah" dengan mereka.Aduh..lagi hebat daripada filem "Love Story" yang pernah popular di tahun-tahun 70'an dahulu. Yang pasti, sekali lagi tema "ukhuwwah fillah" menjadi "camouflagde" ke atas perhubungan antara dua jantina yang ada kesedaran Islam ini. Dalam satu insiden yang lain pula, seorang siswi pernah meminta pendapat penulis. Seorang seniornya yang sedang menuntut di dalam IPT yang sama dengan beliau telah bersungguh-sungguh melamarnya. Walaupun telah ditolak lebih 20 kali, namun si teruna terus melamarnya juga.Sekali lagi slogan "ukhuwwah fillah" menjadi lapik dan dijadikan bahan ugutan. Jika si siswi tadi menolak lamarannya, maka hatinya akan hancur, dan ia bertentangan dengan mafhum hadis tadi. Oleh kerana bersimpati dengan si senior tersebut, si siswi terpaksa menerima lamaran itu. Menarik bukan "trend" percintaan golongan anta-anti ini. Seorang siswa juga pernah meluahkan kemarahannya ke atas naqib usrahnya di bilik penulis. Mengapa tidak, tatkala di dalam usrah, berkepul-kepul dalil dan fikrah yang dibawanya. Sampaikan ketika pertukaran ke usrah lain, si naqib meminta siswa tadi agar berbai'ah untuk kekal di dalam perjuangan dan tidak menyertai jemaah lain. Sayangnya, di dalam perjalanan balik kampung, siswa tersebut nampak sang naqib berjalan berpegangan tangan dengan naqibah sekelas mereka...ini yang paling menarik. Lebih hebat lagi, kedua-dua mereka lengkap dengan aksesori berkopiah dan bertudung litup. Jika di zaman 70'an dahulu nescaya apa yang dilakukan oleh sang naqib dan naqibah tersebut bakal menerima cop "kafir" dari pendukung gerakan dakwah yang lain.Di satu sudut yang lain pula, seorang siswa yang sering menceritakan kehebatan "Abuya"nya kepada penulis, juga tidak dapat lari dari fenomena cinta anta-anti ini. Penulis amat kagum dengan siswa yang sering muncul dengan baju Melayu berkancing dan juga songkok berwarna-warninya ini. Matanya yang bercelak sahaja sudah cukup untuk rakan-rakan yang lain hormat kepada beliau. Sayangnya atas takdir Allah, ketika penulis berkunjung untuk menziarahi beliau, penulis ternampak gambar seorang Muslimah menghiasi desktop komputer peribadinya. Ditanyakan sama ada itu adik, kakak ataupun emaknya atau mungkin neneknya, beliau menafikan. Beliau terpaksa mengaku bahawa itu adalah "kawan"nya. Yang hebatnya, tertulis di sebelah keayuan wajah gadis tersebut "Ukhuwwah fillah membawa ke Jannah."Persoalannya, adakah fenomena ini sihat? Adakah ia sudah cukup islamik? Atau penulis yang ketinggalan zaman sehingga naif terhadap trend muda mudi masa kini? Ataupun fiqh Islamiyy juga perlu diubahkan untuk disesuaikan dengan perubahan semasa.

Di dalam artikel yang terhad ini, penulis tidak berhajat untuk memberikan hukuman mahupun pandangan terhadap fenomena yang menarik ini. Biarlah para pembaca membuat penilaian mereka terhadap "sihat" atau tidak sihatnya budaya ini. Semoga ada di kalangan pembaca yang akan dapat memberikan pandangan yang rasional serta boleh diwacanakan.Allahu Ta'ala a'lam...

Komen 1

Ini Lajnah Pembangunan Pelajar Negeri perlu berikanperhatian dan penekanan.... bahaya ini... patutlah dah lemahsemua...Ana kenal juga dengan Ustaz Mazlee Malik ini seorangPensyarah di UIA.Aktivis NGO, Suara Palestin, JIM, dll. Ana yakinbeliau menceritakan denganikhlas dan memerlukan bantuan, mungkin. Lebih malanglagi jika yang terlibatitu semua pelajar2 aliran jemaah pas... Berat ni...
AMA
Komen 2
Assalamualaikum
Saya telah membaca artikel yang menarik tersebut. Sayaingin memberikan beberapa respon berdasarkanpengalaman yang sedikit semasa di kampus bersama dengan kepemimpinannya.
1. Saya tidak menafikan perkara ini wujud tanpamengira kampus. Ia merentasi persoalan mana-manajamaah tidak kira PAS, JIM, ABIM, Hizbuz Tahrir, Isma,ikhwah dan apa sahaja yang wujud. Ia sudah wujud sejak wujudnya manusia. Ya ia adalah masalah CINTA. Cinta manusia lelaki kepada wanita dan sebaliknya adalah fitrah. Bahkan dalam hadis Rasulullah SAW yangterkenal berkenaan masalah Niat. Oh rupanya di dalam jamaah Rasulullah SAW yang sedang dididik oleh baginda sendiri itupun masih ada yang berhijrah kerana CINTA kepada aweknya. Bukan kerana Allah dan RasulNya. Tapi apa yang dia dapat. Tak Perlu jawab kot sebab Nabi dah Jawab..
2. Persoalan ini bukan CINTA manusia berlainan jenis sahaja. Dalam Surah at-Taubah ayat 24, Allah mencatatkan 8 jenis cinta. Disebut oleh Hamka, Abbastak sanggup bersama Rasul kerana rumahnya. Selepas ditawan di Badar, beliau terpaksa membayar tebusan duakali ganda.
3. Masalah kalimah cinta sudah diislamikkan tidak boleh dijadikan alasan menghalalkan apa sahaja.Penggunaan ayat dan hadis mungkin berlaku untuk menghalalkan cinta ukhuwwah itu, namun bagi saya ia adalah persoalan yang lebih spesifik. Waktu adalah terbatas untuk mengajar tafsiran sebenar ayat-ayat itu. Kalau adapun hanya usrah itupun kalau ada. Sistem pendidikan tidak mengajar itu semua. Sekolah menengahhanya ada beberapa jam seminggu untuk mengajar pendidikan agama. Di universiti hanya ada beberapa jam kredit sahaja. Tak percaya jenguk-jenguklah Hatta UIA pun. Kecualilah fakulti yang specifik pengajian Islam.Kalau Uniten, UTP, UTM, Fakulti engin, toksah cakapla.Saya melihat ini adalah peranan berterusan yang dimainkan oleh jamaah. Walaupun banyak kelemahan, iamemberi kesan yang besar. Kita akur jamaah perlubermula sejak PASTi dan Sekolah rendah. Ia Perlukepada MURABBI bukan hanya sekadar guru yang makangaji. Ia perlu kepa environment yang KONDUSIF. SystemTarbiyyah yang teratur. Ia memakan masa¦.
4. saya melihat kes-kes yang dikemukakan adalah kes-kes terpencil. Beberapa perkara perlu diberiperhatian dalam menilai kes-kes itu.
a. Adakah ia berlaku di kalangan pimpinan tertinggi atau hanya anak usrah biasa. Ataupun yang sudah ada jamaah atau hanya mengaku berjamaah? Sekiranya melibatkan pimpinan tertinggi ia adalah sangat bahaya.
b. Adakah melibatkan seseorang yang komited dengan jamaah sejak kecil? Mengikuti program tarbiyyah sejak bangku sekolah rendah dengan mengikuti system tarbiyyah yang komprehensif? Sekiranya ya, ia adalahbahaya. Sekiranya beliau baru diislamkan fikrahnya siapa kita perlu persalahkan? Masuk universiti baru kenal Islam, jemaah, kopiah, serban dan tudung lingkup.Bagi kita inilah peranan tarbiyyah, ia mendidik secara konsisten. Bukan terus berubah pada hari pertama ia kenal perjuangan Islam. Zaman Nabi ada Badawi kencing dalam masjid, Nabi tak bunuh, suruh sahabat kejar pun tidak. Nabi kata bagi di sudahkan hajatnya. Sebabnya kita fikirlah.
c. Bagaimana dengan jamaah yang beliau sertai? Adalah jamaah yang realistic atau theoretic? Atau kedua2nya.Atau bagaimana dengan usia jemaah tersebut di kampus?Berapa bilangan ahlinya? Dari 1000 ahli adakahkesemuanya terlibat? Atau hanya seorang atau duaorang? Adakah sudah menjadi adat? Sudah menjadi kaedah, kita menghukum sesuatu itu dengan kita mempunyai tasawwur terhadap sesuatu.
5. Suasana ini tidak baik. Tambahan pula sekiranya beliau adalah bakal pimpinan harakah Islamiyyah. Iaperlu dikawal. Ia sudah ada. Ia belum sempurna danterus ke arah itu. Ia adalah proses kematangangerakan. Kadangkala kita perlu bermula semula.Alangkah luasnya medan Amal. Tetapi menghukum secara langsung tidak Islamic menyebabkan kita kehilanganmanusia yang mempunyai prospek masa depan sedangkankita tiada manusia yang sempurna. Inilah jamaahnamanya ada yang kuat, ada yang lemah. Bantu-membantu.
6. Sejarah gerakan PAS yang panjang ini menyaksikan kadang perkara ini tidak terhenti disitu iaitu cinta islamiyyah, kahwin Islamiyyah dan terus kepada Harakah Islamiyyah. Ada yang tiada itu semua tanpa cinta,tanpa kahwin sesama jamaah tetapi mereka sungguh komit dengan jamaah. Tetapi kadangkala ada cinta itu, ada kahwin itu, tetapi Harakah Islamiyyah selepas grad entah ke mana. Kadangkala isteri yang kita dapat dari Baitul Muslim itulah penghalang besar dakwah.Kadangkala Isteri yang suami yang dapat dari bukan Baitul Muslim itulah pendorong terbaik. Entahlah¦.
Lihatlah diri sendiriâ¦
Tapi kita tetap dapat apa yangkita hajati.

Sunday, April 16, 2006

Terpisah Dari Allah Terpinggir Dari Manusia

Terkadang kita termangu sendirian sambil hati bercakap-cakap dan tertanya-tanya mencari jawapan yang tidak pasti. “Isyy.., kenapalah rasa sunyi sangat hati aku ni?”, “Hmmph, kenapalah rasa macam diri ini jauh sangat dari Allah. Ini tak kena, itu tak kena. Semuanya rasa serba tak kena. Apakah Allah sudah berlepas tangan dariku? Astaghfirullahal ‘Azhim.
Rasa-rasa sebegitu acapkali menjengah dan menghantui diri kita, tidak kira siapa, dan ia tidak lain berpunca dari diri kita sendiri. Cuba kita cari dan suluh puncanya.
Dosa dan maksiat yang kita lakukan selama ini, itulah punca dan sebab musababnya. Maka, sama ada sedar atau tidak, dosa dan maksiat telah menjadikan hubungan kita dengan Allah semakin merenggang dan langsung menjauhkan kita dari limpahan rahmat-Nya.
Sungguh jiwa kita tidak boleh menerima petaka ini dan hati nurani kita berasa cukup tidak selesa dengan situasi ini. Walhal terpisah dari ibu kandung sendiri pun sudah terasa haru dan tidak keruan. Inikan pula terpisah dan jauh dari rahmat Allah s.w.t., Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Seandainya dikumpulkan semua kelazatan dan kenikmatan duniawi ini dengan satu tujuan untuk menggembirakan hati kita dan mengeluarkannya dari beban penderitaan kerana terpisah dari rahmat Allah itu, nescaya ia tidak berupaya menghilangkan segala kedukaan dan penderitaan tersebut, sebaliknya ia hanya akan menambah bebanan dan tekanan pada jiwa yang sudah sedia terseksa.
Ahh.., penderitaan dan kepahitan kerana berjauhan dan terpisah dari Allah ini hanya dapat dirasai dan ditangisi oleh insan yang hidup hati nuraninya. Namun tidak bagi mereka yang telah mati hatinya. Orang yang mati hatinya tidak lebih bagai bangkai yang berjalan. Ia tidak sensitif dengan apa-apa lagi. Benar sekali ungkapan si bijaksana yang menyebutkan: “Kelukaan tidak memberikan sebarang kesakitan lagi kepada hati yang telah mati.”
Bagaimana diri kita semua kala ini? Pernahkah kita merasai yang diri ini amat jauh dari Allah s.w.t. iaitu tatkala tercebur ke dalam kancah dosa dan maksiat? Memang pernahlah jawabnya. Kerana dosa, kita yang telah Islam ini pun boleh terlempar jauh dan terpinggir dari rahmat Allah s.w.t., bayangkan betapa jauh dan sayupnya rahmat dan pandangan Allah pada seseorang yang kafir dan syirik pada-Nya?
Hakikatnya kita sangat memerlukan Allah di dalam hidup kita. Kita tidak rela terpisah dari pandangan dan rahmat Allah walaupun sesaat cuma. Kalau Allah mula berlepas tangan dari kita, bermakna bermulalah detik kemusnahan kita. Ingat! Bahawa syaitan dan nafsu sentiasa berusaha mewujudkan jaluran dosa yang menjadi kabut hijab antara hamba dan Allah yang Esa.
Terpinggir dari manusiaSudahlah menderita terpisah berjauhan dari Allah, dosa juga melakar kepiluan yang amat kerana terpinggir dari manusia. Manusia yang bagaimana? Manusia yang beriman, bertakwa dan beramal soleh. Sekali lagi, dia bukan dipinggir mahupun dipisahkan oleh mereka. Sebaliknya dia sendiri menjadi terpisah dan terpinggir dari kelompok ‘orang-orang Allah’ itu kerana bahana dosa yang digulitinya.
Kerana keterpinggiran itu, dia akan semakin jauh dari majlis-majlis mereka. Kerana kejauhan itu, dia tidak dapat mengambil faedah-faedah kebenaran dari mereka lagi. Yang berlaku, dia semakin mendekatkan diri dengan kumpulan syaitan menurut kadar kejauhan yang dirasai dan dialami olehnya. Kini, hari demi hari terasa semakin menekan dan menyesak di dalam hati.
Tidak semena-mena, akibat dosa itu, perasaan benci dan amarah menyelinap masuk ke dalam hatinya. Lalu ia membuak-buak bagai dirasuk hantu syaitan. Tidak fasal-fasal anak dan isterinya dibenci. Malah, kerana bahana dosa itu, ia sampai ke tahap benci terhadap dirinya yang sebenar. Seorang ulama menyingkapkan: “Jika aku melakukan maksiat kepada Allah, akan terlihatlah kesannya pada kenderaan dan isteriku.”
Kisah tiga sahabat yang dihukum Allah kerana tidak menghadirkan diri dalam peperangan Tabuk tanpa keuzuran syarie, wajar menjadi teladan buat kita semua. Dalam tempoh tiga bulan, mereka merasai kehidupan yang cukup pahit dan menyeksakan. Sudahlah dimurkai Allah s.w.t., mereka juga turut dipinggirkan oleh Rasulullah s.a.w. dan seluruh umat Islam.
Selama tempoh itu, mereka menangis siang dan malam, tidak henti-henti memohon keampunan Allah, sehingga datanglah keampunan Allah. Kenapa mereka menangis dan merintih kepada Allah? Kerana mereka tidak mahu terpisah dari rahmat-Nya. Sekali lagi, itulah kesan dosa dan ia hanya dirasai dan dideritai oleh mereka yang punyai mata hati.